Appreciation post.

Hai and Assalamulaikum,

Malam ni saya teringin sangat nak cerita kisah saya ditahan dihospital KPJ Ipoh akibat demam jangkitan kuman, lebih saintifiknye meningitis. Fyi, penyakit ni dia tak kira bila bila je dia nak datang, so kita kena banyak banyak bersabar dengan dugaan Allah s.w.t.

First, cerita dia bermula, hari raya ketiga saya kena, kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi dipost belakang belakang saya ada tertulis macam mana saya kena dan ditahan di hospital. Masa saya dihospital saya memang tak ingat apa apa pun, macam orang hilang ingatan, sampai parents saya adik beradik saya pun saya tak ingat, sampai kawan kawan saya pun tak ingat dan masa tu saya memang tak larat gila nak bangun sampai mandi pun mak dan kakak nurse dihospital tersebut yang tolong angkat saya ke bilik air. Eh, kejap korang mesti pelikkan macam mana saya boleh cerita balik pasal semua semua ni padahal saya tak ingat langsung dari A sampai Z, haa sebenarnya mak saya dan kakak kakak sayalah yang cerita balik dekat saya.

Sewaktu saya dihospital, mak saya kata ramai kawan kawan saya datang melawat, ira,fina,tasha,ida,bunad dan lain lain lagi. Walaupun saya tak sedar masa tu, tapi saya terharu sangat sebab ada lagi kawan kawan saya yang sanggup datang melawat saya dan disini saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan kawan saya yang sudi datang melawat saya semasa saya dihospital. Sayang korang semua 💕.

Ira,Fina,Me.💖

Doranglah yang tak pernah jemu jemu melawat saya dihospital, sanggup lepas kelas terus sewa kereta, kemudian pergi melawat saya, Ya Allah kita tak tahu macam mana nak balas jasa baik korang berdua yang kita mampu hanya kasih sayang kita je. hihi. I love both of you.💕


Tasha & Ida.💖

Kalau korang nak tahu mereka berdua ni lah kembar Dahlia haha, kemana mana je tetap berdua. haha. Sebenarnya dorang ni bukannye kembar betul pun haha tapi perwatakan dorang ni yang membuat kan dorang berdua nampak macam kembar. Fyi, dorang nilah juga yang tak jemu jemu datang melawat saya, tasha(baju warna pink) sanggup balik dari kerja terus pergi melawat saya huwaa, act tasha masa tu practical. hihi. Terima kasih banyak banyak korang syaqirin is always loves you. 💕


Bunad.💖

Okay, dia ni kawan masa kenal part 1 tapi masa part 1 taklah rapat macam sekarang sebab part 1 perempuan ni sombong tahap cicak kobeng haha dan dia juga salah seorang kawan yang tak pernah jemu melawat saya di hospital. Terima kasih baby hihi. loves you always.💕


Kalau tak ada dorang, saya rasa hidup saya kesunyian dan kemurungan, terima kasih korang yang sudi datang melawat saya dihospital. saya akan kenang jasa korang semua, ouh ya, tak lupa juga kepada lecturer saya Dr Ida Nianti,Puan Hasni Suryani dan juga Puan Hasyimah perangkap saya punya penasihat tapi sekarang dah bertukar penasihat sebab dah tak sama dah batch dengan dorang semua(sedih kejap).

Last but not least, terima kasih kepada ahli keluaga saya yang tak pernah penat menjaga saya sewaktu saya sakit dan tak pernah berhenti cakap kat saya suruh kuat semangat lawan penyakit saya. Terima kasih banyak banyak.💕💕💕💕😘😘😘

Okaylah sampai sini je kot cerita saya, takut tulis panjang panjang nanti banjir pula bilik ni, ni pun dah menitis sikit air mata masa tulis karangan panjang panjang ni haha. Ouh ya, sesiapa yang nak tahu macam mana saya boleh di warded hospital boleh cek balik post post saya yang lepas lepas ye.
Ouh ya, terlupa pula sebenarnye ada lagi satu cerita tapi esok esok jelah tak pun bila bila saya free nak menulis saya akan post ye. hihi
sekian terima kasih.


Faithfully,
  Nur Syaqirin.







Catatan Popular